Saturday 26 November 2011

TAHNIAH PANITIA SAINS & MATEMATIK

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!....itulah antara kata-kata yang berulang kali diucapkan selepas keputusan UPSR 2011 diumumkan. Warga SK Marian Convent Ipoh tersenyum lebar dan cukup berbangga dengan keputusan tersebut. Yang paling menggembirakan adalah guru yang berada di dalam Panitia Sains dan Matematik...mereka mampu tersenyum lebar, berlapang dada dan berbangga dengan keputusan tersebut. Apa tidaknya, kelulusan 100% dalam UPSR 2011 bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut merupakan satu anugerah yang tidak ternilai bagi sekolah, warga Marian dan juga tenaga pengajar mata pelajaran Sains dan Matematik tahun 6 2011. Tahniah sekali lagi..... moga ia menjadi peransang untuk kejayaan yang berterusan. Syabas Panitia Sains & Matematik SK Marian Convent.

Tuesday 22 November 2011

PERTANDINGAN AMALI SAINS

LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM
Pertandingan                           : Amali Sains Sekolah Rendah Daerah Kinta Utara 2011
Anjuran                                    : Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara
Tarikh                                       : 21 Mei 2011
Masa                                        : 7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat                                     : SK Raja Perempuan, Ipoh
Nama Peserta 1                        : Chin Yee Khei

Nama Peserta 2                        : Eleena Syuhada Bt Amani Williams-Hunt

Guru Pengiring                         : Pn. Siti Ramlah Azura binti Ramlan



Laporan Pertandingan             :
              Pertandingan ini telah diwakili oleh dua orang murid tahun 6.  Peserta dikehendaki melakukan amali dalam 5 stesen secara berterusan dengan masa 10 minit bagi setiap stesen di dalam makmal dan 15 minit bagi stesen di luar makmal.  Amali bagi stesen di luar makmal lebih bercorak konteksual. Setiap stesen akan dibekalkan dengan satu set soalan yang menguji kemahiran pelajar menjalankan eksperimen.  Soalan yang disediakan mungkin memerlukan pasukan peserta menjalankan eksperimen ringkas dan mencatatkan hasil eksperimen tersebut. 
Peserta akan dinilai dari segi kemahiran saintifik . Jawapan peserta telah dihakimi oleh panel hakim yang dilantik.  Pemenang ditentukan melalui jumlah markah yang diperolehi melalui penilaian panel hakim semasa eksperimen dijalankan dan juga markah jawapan bertulis murid. Kumpulan dengan markah tertinggi telah dipilih sebagai pemenang.
              Pertandingan ini telah dihakimi oleh :
              1. En. Mohd Fazli bin Zainuddin
              2. Pn. Fauziyanni bt Fazli
              3. Pn. Hamiza bt Ismail
              4. Pn. Suwaibah bt Abdullah
              Berikut dicatatkan keputusan bagi pertandingan tersebut :
              Johan                          :  SK Raja Perempuan, Ipoh
              Naib johan                  : SJK (C) Yuk Choy
              Ketiga                         : SK Dato’ Panglima Kinta
Pemenang tempat pertama bagi Pertandingan Amali Sains Sekolah Rendah 2011 akan mewakili Negeri yang akan diadakan pada 28 Mei 2011 sempena Karnival Sains dan Teknologi di Kompleks Pendidikan Daerah Kinta Utara.
Peserta dari SK Marian Convent telah bersedia
untuk menjalankan eksperimen.
Peserta bersama guru pengiring.